Tuesday, September 15, 2009

andainya inila Ramadhan terahkir...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu... bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu... merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru... kita cari... suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri... rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ... lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi... .
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha... bersedia... meminta belas-NYA

9 doa yg termakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat... "

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "

Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama

Tuesday, September 8, 2009

solat istiharoh....

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini....(sebutkan namanya)"

sayang ibu bapa yg tlah tiada...

Berbuat baik pada ibubapa yg sudah tiada

Berbuat baik kepada ibu bapa bukan setakat berbuat baik sewaktu mereka masih hidup, malahan mestilah berterusan walaupun mereka sudah meninggal dunia. Sifat anak yang salih, anak yang ta*at kepada kedua ibu bapa tidak akan mudah luput dari dirinya kenangan jasa ibu bapanya. Dia akan tetap berbakti dan membalas jasa mereka sedaya mungkin walaupun mereka sudah meninggal dunia. Berbagai cara boleh dibuat untuk mencurahkan bakti dan ihsan kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia, di antaranya ialah:

1) Menyempurnakan urusan jenazah mereka dengan sebaiknya menurut tuntutan syara* bermula daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah sempurna mereka disemadikan. Anak perlu turut serta dalam hal ehwal urusan jenazah ibu bapanya. Bukan setakat mengharapkan orang lain untuk menyempurnakannya. Agak malang anak itu jika tidak dapat atau tidak mahu ikut serta menyempurnakan jenazah ibu bapanya.

2) Berdoa untuk arwah ibu bapa dengan memohonkan keampunan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. Misalnya dengan berdoa: Maksudnya: *Tuhanku! ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.* Ini adalah kerana mendoakan ibu bapa itu merupakan di antara ciri-ciri anak yang salih dan dengan mendoakan mereka dengan keampunan akan memberi manfaat kepada mereka semasa di alam barzakh. Apa lagi yang mereka harapkan selepas meninggalkan dunia? Tidak lain yang dapat membantu mereka kecuali doa anak-anak yang mewarisi mereka. Sabda Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga: Melainkan sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang salih yang mendoakan untuknya.*

(Hadits riwayat Muslim)

Darjat ibu bapa pada hari kiamat akan terangkat di sisi Allah Ta*ala disebabkan doa seorang anak yang memintakan ampun atas dosa-dosa mereka. Hal ini telah diterangkan melalui apa yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu *anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: *Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu.*

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Namun perlu diingat, jika sekiranya ibu bapa yang meninggal itu terdiri daripada orang bukan Islam maka adalah dilarang untuk mendoakan keampunan bagi mereka. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta*ala yang tafsirnya :
*Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.*
(Surah At-Taubah, ayat 113)

3) Melaksanakan atau menyempurnakan janji atau wasiat yang telah dibuat oleh arwah ibu bapa semasa mereka hidup.

4) Memuliakan orang-orang yang dahulunya menjadi sahabat karib atau teman arwah ibu bapa. Diriwayatkan di dalam hadits shahih daripada Ibnu Umar Radhiallahu *anhuma beliau berkata yang maksudnya : *Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: *Sesungguhnya termasuk perbuatan paling baik ialah seseorang yang meneruskan silaturrahim (hubungan baik) dengan sahabat baik ayahnya sesudah ayahnya meninggal dunia.*

(Hadits riwayat Muslim)

Cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang tersebut di atas merupakan petunjuk yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Perkara ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Usaid Radhiallahu *anhu, beliau berkata yang maksudnya : *Ketika kami di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam datang seorang laki-laki dari kaum Bani Salamah, lalu dia bertanya: *Wahai Rasulullah! Masih adakah sesuatu kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk kedua ibu bapa saya sesudah keduanya meninggal dunia? Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: *Ya, (iaitu): mengerjakan sembahyang ke atas keduanya, memohon keampunan bagi keduanya, melaksanakan janji keduanya sesudah (meninggal) keduanya, menghubungkan tali silaturrahim yang terhubung kecuali kerana jasa keduanya dan memuliakan teman-teman keduanya.*

(Hadits riwayat Abu Daud)

5) Menziarahi kubur mereka. Menziarah kubur merupakan perkara yang disunatkan mengikut hukum syara* khususnya bagi kaum laki-laki. Apatah lagi menziarahi kubur kedua orang tua kita. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pergi menziarahi pusara ibu Baginda, sungguhpun ibu Baginda itu tidak sempat beriman dengan agama Islam. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu *anhu, beliau berkata yang maksudnya :
*Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menziarahi kubur ibu Baginda, lalu Baginda menangis dan membuat orang-orang disekitar Baginda menangis. Kemudian Baginda bersabda: *Aku minta izin kepada Tuhanku Yang Maha Mulia dan Maha Agung untuk menziarahi kuburnya (ibu Baginda), lalu Allah mengizinkanku. Aku minta izin kepadaNya untuk minta ampun baginya, akan tetapi tidak diizinkanNya. Oleh itu, ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya ia mengingatkan kepada mati.*

(Hadits riwayat Muslim)

Berdasarkan hadits di atas, Al-Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta*ala menjelaskan bahawa harus hukumnya menziarahi orang-orang bukan Islam semasa hidup mereka dan kubur-kubur mereka selepas mereka mati. Oleh itu, bagi orang yang mempunyai kedua ibu bapa atau salah seorang daripada mereka tidak berugama Islam tidak ada tegahan ke atasnya untuk menziarahi pusara ibu bapanya yang tidak berugama Islam itu. Sekadar menziarahi tidak menjadi kesalahan dari segi syara*, akan tetapi jangan sampai mendoakan bagi mereka keampunan, kerana Allah melarang orang Islam mendoakan keampunan bagi orang bukan Islam.

Monday, September 7, 2009

hanya sekadar ......

1) Wahai kawanku,

Segeralah tunaikan solat di awal waktu
mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.
Ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat
Juga di medan perang.
Walaupun Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku,

Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan
Cuba hayati mesej arahannya.
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku,

Dorongkanlah diri untuk menguasai
Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita?
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh !!! Apa tunggu lagi
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku,

Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku,

Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !
Plato juga berharap agar pementasan hiburan
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
Supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan.
Supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku,

Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir
Ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam
ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku

, Kawallah nada suaramu
Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita?
Jangan keraskan suramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku,

Usahlah umpat mengumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!
Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku,

Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa.
Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana
Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!!
Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret?
Tanpa haluan dan noktahnya.

Wednesday, September 2, 2009

doa nak cari pasangan..hehehehehe

DOA 1


Ya Allah,

jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu... ..

Ya Rabbul Izzati ,

jika aku rindu ,rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhirMu..

Ya Allah ,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu... .

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu... Amin ya Rabbal alamin...


DOA 2

Tuhanku,

Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu...
Lembar demi lembar kitab kupelajari...
Untai demi untai kata para ustadz kuresapi...
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan...

Tapi Rabbii,

Berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan kemudian tahun berlalu...
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi...
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu...
Aku makin merasakan gelisahku membadai...
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi...
Hingga aku terhempas dalam jurang
Dan kegelapan...


Wahai Ilahi,

Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan tahun berlalu...
Aku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu:

Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,

Perkenankanlah aku mencintaiMu,
Semampuku

Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii

Perkenankanlah aku mencintaiMu
Sebisaku
Dengan segala kelemahanku

Ilaahi,

Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa
Karena itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbii,

Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo harta demi jihad. Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu. Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di pojok-pojok jembatan. Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilaahi,

aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorang shahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu, dalam shalat yang coba kudirikan terbata-bata, meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Robbii,

aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku.

Yaa, Maha Rahmaan,

Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Rahiim

Aku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,

aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

Amin ya Rabbal alamin...

Taskirah ...

1. Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan.
Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat.
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain
dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.
la adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. la adalah bulan simpati. lanya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.
Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka
dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya.
Sahabat-sahabat r.anhum lalu berkata "Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”
Maka Rasulullah s.a.w bersabda " Allah S.W.T memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
la adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka.
Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya.
Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.t (1)
(La'ilahaillallah) dan kamu memohon istighfar daripadaNya.
Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”
(1) Memperbanyakkan zikir Lailahaillallah
(Hadith riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin 'Abd. Wahab. 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 1-3